Monday, September 14, 2015

Part 1 (tak tahu nak letak tajuk apa)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


..assalamualaikum.


Bila kita dah buat pilihan, kita kena bersedia dgn ujian yg datang.

(alamak, tiba2 takde idea..)

Ujian.

Nak tulis entri pun ada ujian. inikan pulak nak kahwin. 

If you love me, bersabarlah dengan masa, bersabarlah dengan Allah. Syurga itu mahal.


"Jangan jadikan aku sebagai kenangan, tetapi jadikan aku sebagai masa depanmu"-unknown

Biasalah ujian. Apa yg aku mengarut ni. 

Ya Allah, kuatkanlah kami. Permudahkanlah segala-galanya.

Friday, February 7, 2014

random

assalamualaikum.

february 2014.

my last update bln disember haritu. tu pun ade org yg ingatkan, 8 disember 2013. aku sendiri x ingat.
haha.

Life. I'm still breathing. Alhamdulillah.

kadang2 aku terfikir, Allah redha x ape yg aku buat?berkat ke ape yg aku buat?
petikan daripada majalah yg aku baca hari tu
"segala tingkah laku kita semua dgn izin Allah. walaupun nak buat dosa pun dgn izin Dia sbb Dia yg gerakkan anggota kita tapi satu hal yg kita kena ingat wlupun Dia mmbenarkan melakukan dosa,tapi Dia tak redha"
Apalah guna hidup ni kalau Allah x redha dgn segala prbuatan aku.
rasa mcm melawan ckp mak pulak.
rasa mcm curang kat boifren pulak.
huhu.

***************

belajar.
sampai satu tahap, aku rasa mcm belajar sbb duit pulak.
yelahhh... belajar teruk2 sbb nak jaga pointer,sbb nak jaga takut elaun kena tarik,last2 ape ntah ilmu yg aku dpt. 
i really dont care about my result.
lantaklah ape pun awk eh.
ya,aku tau aku bukan bkn budak pandai,bukan gifted. tapi....aku xnak rasa kosong. belajar mcm budak nerd. then dlm hati tu kau xdpt ape. learn with empty soul. biarlah atas kertas tu kosong tp ilmu tu kau tahu nak aplikasikan mcm mana.

***************
cinta.

bye. assalamualaikum.

Sunday, December 8, 2013

So betul la ni awak nak jadi doktor?

Assalamualaikum.

cepat atau lambat, rezeki masing-masing.


*erghhh..tak concentrate lak aku nak tulis blog sambil dgr lagu

macam ni. perjalanan yg sangat panjang utk capai cita-cita.
cita-cita aku nak jadi doktor. haha. lawak.
results form 3 aku tak best, so aku kena fight ngan budak2 pandai kat sekolah aku utk masuk kelas sains tulen mase form 4. masa orentasi form 4, cikgu ade borang vpi utk diisi. borang vpi tu macam soal selidik tentang personaliti kite. hasil vpi tersebut, aku dikatakan mempunyai sifat2 kejuruteraan dalam diri, hasilnya cikgu letak aku dalam klas kejuruteraan. memang taklaaa aku nak lukis2 walaupun subject tu senang. tak minat..can u push me to love that?no bebeh. cinta aku kental,setia,taknak curang dan x berbelah bahagi kat biology (mase tu la)
then
aku fight jugak nak masuk klas sains tulen. degil kan nak jadi doktor.
bayangkan, tu je peluang aku. 
bermula dari bawah.
then
selepas penat jumpa cikgu sana sini dan buat pertukaran ngan budak laki berkenaan kelas..last2 i've made it!
(walaupun mase tu aku sedikit malu2 masuk klas tu, ade ehemmm.old story. nak blaja, cinta tolak tepi. eleh..yeke?)

after 2 years being fighting with all kind of kesusahan..
hasilnye, result spm aku tak best pon..
after spm, aku masuk form 6 kat smart..aku sgt bodoh mase tu sbb pegi tukar aliran (sbb rase mcm budak cina kat situ kerek). last2 aku rase xleh blaja subject sastera. 
rezeki. dapat poli. pegi poli sebab 
  • malas dok asrama
  • rase diri ni dah x layak bersekolah
  • tak suka aliran sastera
  • course kat poli tu ade perkataan 'perubatan'
p/s: masa aku isi borang poli dulu aku sendiri x ingat mintak course ape. pandang sebelah mata je.
pengajaran: kadang2 benda yg kita x peduli/benci tu la yg akan dtg tolong kita, yg akan jadi rezeki buat kita.

ok sambung balik..
mungkin tuhan nak uji kesetiaan aku kat poli..
dalam mase orentasi tu kan, aku dapat matrik PDT.
atas suruhan nenek, aku pegi. tp aku just bertahan 2-3 minggu je.
sebab mungkin aku x suka dgn environment yg sangat struggle mcm xde life, rase sedih dok situ sbb line radio pun xde, rase mcm diri ni are not belong to that place.
but bayangkan..dahla aku xleh survive dok situ pastu kalo result plak teruk tak pasal2 aku kelua nnt dapat course lelong. xdapatla jadi doktor kan? 
then, aku buat istikarah.
hati memang nak stay situ tapi..
aku tak tahu la nape lecturer aku call2 ckp 
pn su : awk knp x masuk klas dah 2 mggu?
aku : sy dah brenti la puan.
pn su : tapi name awk ade lagi dlm sistem ni.
aku : boleh x sy nak masuk sane smula?
pn su : boleh. 
aku : yeayyy (dlm hati)

semua urusan aku keluar matrik dipermudahkan, once again, came back to poli dan belajar la perkara yg paling aku benci iaitu elektronik engineering. course Dip kejuruteraan elektronik perubatan. 
semester 1 aku lost 
semester 2 aku semakin lost dan mencari diri sendiri
semester 3 i found myself back dan mula fokus
semester 4 latihan industri
semester 5 fokus dan memperbaiki iman
semester 6 mula rasa seronok dgn ape yg aku blaja,shah alam dan hidup.

p/s: walaupun course x minat tp tempat blaja tu environment dia ok, kite boleh la survive..
tula nazira..time skolah kemain nak lari dari enginerg..last2 time dip amek enginerg jgk.huhu..

kalau aku teruskan matrik, aku x tau skrg aku boleh get involve dlm bidang perubatan ke x. bila dah lama2, minat nak jadi doktor tu dah brtukar jadi minat nak belajar tntg prubatan je.tak kisah la amek ape pun..asalkan ade kaitan.

sambung balik..
pas diploma, aku pun isi upu.tapi x dapat.
utk tebus kekecewaan tersebut, aku apply unikl tanpa pengetahuan sape2.
then dapat. lari bidang. terkejut.
mula2 aku langsung xdapat support dari sape2 even family.
family x bagi. seriously sedih.
then berdoa kat Allah.. kalau la perkara ni,tempat ni yg Dia dah tetapkan utk aku maka permudahkanlah..semoga family aku restu semua ni.
finally one day, mak aku bagi permission. last2 dia yg siapkan semua persiapan aku nak smbung belajar.
see?
ko percaya kan dgn pertolongan Allah?

lagi 3 minggu nak final. walaupun duit mara x masuk lagi..so far semua dimudahkan.
bukan senang sebelum aku nak sampai tahap ni.
ade yg cakap bodoh la ape la.
parents aku tu bersabar je bila org dok cakap macam2 bila anak dia ni keluar masuk ipta.
sedih tau.
"hiduplah seperti biasa diatas takdir yg telah ditetapkan utk awk. mungkin ni doa mak ayah awk dari dulu.so dont feel so down"- lecturer.

hahahaha.

then, baru aku tahu lepas abis dgree, kitorang boleh trus jadi dentist if sambung lagi 2 tahun kat jordan. 
hihi...
peluang Allah dah bukak dah..tinggal blaja je kan?

ade rezeki adela...
kalau aku jadi dentist, mesti hantaran makin naik kan? so better la masuk minang skrg. haha. gurau je k.

aku nak anak perempuan je, aku taknak kawin lagi. Lulz.








Monday, December 2, 2013

"The woman is the reflection of her man"


My wife got sick. She was constantly nervous because of problems at work, personal life, her failures and problems with children. She has lost 30 pounds and weighed about 90 pounds in her 35 years. She got very skinny, and was constantly crying. She was not a happy woman. She had suffered from continuing headaches, heart pain and jammed nerves in her back and ribs. She did not sleep well, falling asleep only in the morning and got tired very quickly during the day. Our relationship was on the verge of break up. Her beauty was leaving her somewhere, she had bags under her eyes, she was poking her head, and stopped taking care of herself. She refused to shoot the films and rejected any role. I lost hope and thought that we’ll get divorced soon…But then I decided to act on it. After all I’ve got the most beautiful woman on the earth. She is the idol of more than half of men and women on earth, and I was the one allowed to fall asleep next to her and to hug her shoulders.I began to pamper her with flowers, kisses and compliments. I surprised her and pleased her every minute. I gave her lots of gifts and lived just for her. I spoke in public only about her. I incorporated all themes in her direction. I praised her in front of her own and our mutual friends.You won’t believe it, but she blossomed. She became even better than before. She gained weight, was no longer nervous and she loved me even more than ever. I had no clue that she CAN love that much.And then I realized one thing: The woman is the reflection of her man.If you love her to the point of madness, she will become it.“ 
- Brad Pitt





perempuan. pada dasarnye nampak tenang,tapi dalamannye berkata-kata(ambik ayat roomate gua.haha)
then,datangla seorang lelaki yg buat dia kuat. 


hihi.
bila dah semakin tua ni, semakin banyak benda yg kita perlu fikirkan. but aku mengaku, dalam masa setahun ni, AKU TELAH MENJALANI TAHUN YANG BAIK DALAM HIDUP AKU. why?
everything going smoothly.. 
belajar untuk bersangka baik dgn semua perkara dan semua orang. 
bersyukur dengan ape yg kita dapat.
bersabar dalam segala hal.
jgn kutuk mengutuk. tak baik.
p/s : sebanaqnya cita2 aku dah bukan nak keje yg bez lepas dpt dgree nnti. tp nak jadi ibu. nak jadi ibu yg baik,haruslah kene berubah jadi baik dulu.hikss.
p/s : tak semua pmpuan bila ckp pasal kawen dia gatai nak kawen,tapi sbenarnye dia nak jugak nak jaga kehormatan dia sebagai perempuan. sape x takut oi. so keep praying.

ramai kawan-kawan aku yang dah jadi tunang/isteri orang sekarang. well, congratulation!
rezeki dorang, jangan kite cemburu. eh, cemburu la jugak..at least, dia nak jaga korang for the rest of your life :)


xoxo,
zira isey budak baik.

p/s : amende la yang aku mengarut ni. padahal nak post pasal yg atas tu je. 



Tuesday, September 17, 2013

Aku dah bosan.

Assalamualaikum.

Hai. Happy Wednesday.

How is your day?

Hari aku?
  • kulit kering dan kadang2 terlebih minyak.
  • terlebih tido.
  • bosan.
  • rindu.
  • malas.
  • study.
  • online
        eat, pray, sleep.

pada suatu hari, aku terbaca buku ni dan buat aku terfikir.

" biarlah orang kata saya masa muda saya tak best, tapi saya bahagia. saya dah bosan dengan sosial life saya"

yup. aku pun same. dah bosan dengan social life aku.haah, betul jugak tu.

tett.

secara jujurnya. aku nak luahkan sesuatu selepas seminggu aku berfikir dan pendam.

aku dah bosan dengan social life macam ni. aku dah bosan beli makanan kat kedai.
aku bosan keluar dengan lelaki sana sini..mesej lelaki sane sini..dan kawan lelaki ajak keluar sane sini..bukan la aku jenis melayan semua lelaki, nope. mereka tu semua kawan-kawan je. dulu aku anggap semua tu perkara biasa,well, keluar dengan kwn2..hangout..kadang2 kite klua ramai2 ngan kwn2 laki perempuan..but..enjoy ke macam tu?
aku takkan kelua dgn kawan2 yang mak aku tak kenal. even nak klua g mane2 pun aku akan tanye mak aku, walaupun aku kat shah alam n mak aku kat kuantan. kalau mak tak bagi, i wont go out. tapi xde la kelua sampai lewat malam. thats not me.
but..tolonglah..ade sesuatu di dalam hati yang buat aku rase bosan dengan semua ni.
i just want to focus on one man.
i wanna have my own family.
saya dah taknak keluar dgn lelaki sane lelaki sini, even he is my friends.
saya ni perempuan. tak manis. i have to protect myself.
enough, i am tired.
saya mahu tumpukan sorang je dalam hidup saya.
then saya akan belajar bersungguh2.
u know what, how can i explain this?
saya dah besar, mak saya sentiasa pesan supaya ingat Allah bila g mane2 supaya saya selamat. sebab dia risaukan saya.
kita mintak terlalu banyak kat Dia, tapi knp kita tak bagi ape yg Dia mintak?
well.
education is important but, how can u study without your soul?
owh lamenye degree 4 tahun. tak sanggup aku.
dan aku semakin tua. sistem anatomi badan pun akan berubah. hormon2 pun dah tak betul.
haha.
untungnye bila tengok kawan2 yg dah bertunang/kawen.alhamdulillah, at least ur man wanna be serious on u.
nazira gatai nak kawen dah.
bukan la!
aku dah bosan utk bersosial. remaja. enjoy. u know..
bukan hidup mcm ni yg aku nak.

p/s : awk ade 24 jam, so awak manage la mase betul2. mase utk keje, utk tido, utk makan, utk bermain- supervisor

p/s : kadang2 aku tak suka pada ketinggian. yelahh..bila dah dok umah tingkat atas, aku jadi mls nak turun pegi ambik baju kat dobi, malas beli makanan, dan malas pegi kelas. bila dok katil tingkat atas, malas nak turun2 bila time2 genting. bila kita berada di atas, kita jadi malas utk berada di bawah. kan? pastu org suruhan jadi mangsa.

p/s : i was soooooo..nothing. bye.


Sunday, August 25, 2013

Terima Kasih Warga Xpert Pharmacy!

Assalamualaikum.

Ehem.

Saya, Nazira ingin mengucapkan terima kasih buat staff2, staff2 part time, hq dan bekas2 praktikal student UIA and Shahputra.

Mula2 masuk dulu rasa macam xde function sbb budak2 praktikal je yg semua buat keje. hehe..tapi dorang banyak ajar saya pasal ubat dan lain2. alaaaaa..semua orang banyak bantu saya sebenarnye.
seronok sebenarnye keje kat sini walaupun xde keje sangat. huhu. but overall, okeyla. u can get knowledge while u working. mase mula2 masuk dulu, saya anggap diri saya macam budak praktikal yg sedang belajar tentang ubat. actually sejak saya abis blaja aritu saya tunggu jugak bila la farmasi ni nak amek pekerja. yelahh..sbb sy minat kot. sebelum saya keje kat farmasi ni saya penah keje kat petronas tapi sehari je. yupp..sehari je. sebab kerja dia teruk n mak saya sangat risaukan saya. last2 dia tak bagi saya g keje esoknye.huhu.*perlu ke cerita?
"hang akan dapat kerja yang lebih bagus lagi lepas ni"-mak
yup..saya dengar cakap mak saya. then, here i'am.
At the Xpert Pharmacy :D
Maka, bermula la perkenalan saya dengan orang2 ini...

ni en.shah ngan en.shazly

 terima kasih sebab ambik saya bekerja.



ni abg ayie.
terima kasih sebab bagi tunjuk ajar dan....bawak g ecm. hehe.
first time jumpa abg ayie, my first impression is 'sombong mamat nih' haha. jgn marah saya >.<


yang ni kak kienah dan motornye. kdg2 we called her abg kie.muehehe
terima kasih sebab byk ajar saya. kak kinah ni sweet orangnye :D
sila jage kesihatan anda yer kak kinah. untung ade si caring ina.haha



ni diela..


 terima kasih sbb bagi tunjuk ajar. hehe. saya curi gamba awk ni kat fb tau..sori. hehe



ni mek ina ngan nadia yang comeyy
 terima kasih sebab buat saya tak bosan bekerja. seronok dapat kenal korang. theeee :)




ni si hensem rayyan, anak en.shazly
ni misai. haha







oke, ni saya. miahaha
oke sori intan dan kak yana xde gamba awk kat sini. saya xtau nak curi dari mane.huhui.
doakan saya dpt result ok supaya tak yah bayar mara or dapat biasiswa jpa. hehehee..
lepas ni, bermula lah kehidupan saya sbagai pelajar yg khusyuk.

sekian. terima kasih. have a bless day everyone!

p/s: sorry nadia dan diela, saya amek gambar2 tu dari fb awak. ehehe.
p/s: pasni kalo org search 'Farmasi Xpert' kat google mesti cerita blog aku ni yg klua. rasenye farmasi tu perlu ade website sendiri kot?hmm..
p/s: saya tak pandai melukis. maaf!

Thursday, July 25, 2013

Baru aku tahu ape tu power bank!

Assalamualaikum.


Salam nuzul quran. 

Me : Ma, esok jom kite g bazar kat bandar nak?
Mak : Esok dah la jumaat, jalan kat banda pulak dah berubah, hari cuti pulak tu. mesti jem sesangat.
Me : okay..
Mak : sepatutnye nuzul Quran dok umah je ngaji ngaji...ni dok g kelam kabut kat bandar buat ape.
Me : Haah kan.


******** That's not the point actually ********

sejak beberapa bulan yang lalu, aku telah mengenali seorang jejaka. cewah. kawan je kot. aku kan tak ramai kawan laki yang update pasal teknologi gadget...huhu..so sejak aku kawan dengan dia, masa tulah pertama kali aku dengar perkataan power bank. from his picture kat FB, dia ckp dia bwk power bank tu g mengembara such as camping dan lain2.that power bank ade dlm senarai hiking.  actually i have no idea what is powerbank. pada pikiran aku..
"mungkin benda tu perlu ada kot utk org yg pakai henset smart phone macam dia kot...lagipun mungkin org2 yg slalu g panjat2 gunung mmg dah lame pakai benda ni kot..mungkin powerbank tu alat penting time panjat gunung kot..hmmm..majunye dunia sekarang" dan kolotnye aku. nampak sgt study smpai tak ingat hal2 dunia. hoho. tapinyee..aku malas nak tanye kawan aku tu ape tu power bank. sbb nye aku tak berminat dgn gadjet+ade sikit prasaan bodoh sombong dlm diri aku time tu. haha. then, pada suatu hari aku telah pegi ke central market. cina tu ckp ni bila aku pegang satu benda tu (aku tak tau pun benda yg aku pegang tu powerbank)
"adek ni power bank i kasi u murah"
"eheh..xpelahh" murah ke mahal ke peduli ape aku. haha.

dan apabila beberapa bulan sudah berlalu...orang mula brcakap pasal power bank. rupenye PB tu macam pengecas mudah alih la utk cas tepon...(cas camera boley tak ek?)
dah name pon power bank kan..alahaiii..dan bila aku keje, ade sorang budak ni bawak power bank dia. itulah kali pertama aku tengok camne power bank digunakan. hohohoho

pada masa akan dtg..
aku pun bercadang nak beli satu powerbank yg bersaiz mini tuhh. sebab dia nampak comel kaler pink :3


***ohoiii..sejuk.